1. TAJUK

 

LAPORAN KURSUS DALAM PERKHIDMATAN 14  MINGGU: LATIHAN GURU SEKOLAH BESTARI, BAGI MATA PELAJARAN MATEMATIK; SESI 19 MAC 2001 HINGGA 22 JUN 2001

 

 

  1. TUJUAN

 

Sekolah Bestari merupakan salah satu daripada tujuh tunjang utama (flagships) yang dikaitkan dengan pembangunan Koridor Raya Multimedia. Sekolah Bestari merupakan sekolah yang digubal semula secara sistematik dari aspek amalan pengajaran dan p[embelajaran serta pengurusan sekolah untuk menyediakan rakyat pada ledakan informasi dan ICT.

 

Usaha membangunkan Sekolah Bestari akan dapat dijayakan dengan bantuan pelbagai media teknologi, khususnya teknologi maklumat yang terkini dengan jaringan yang meliputi seluruh dunia. Sekolah Bestari turut memberi penekanan kepada pendemokrasian pendidikan melalui pelbagai gaya pembelajaran mengikut tahap keupayaan, kebolehan dan keperluan pelajar.

 

Oleh itu, adalah diharapkan Latihan Guru Sekolah Bestari yang mantap dan berkesan akan dapat menjamin kejayaan Sekolah Bestari.

 

 

  1. LATAR BELAKANG

 

Sekolah Bestari merupakan satu daripada aplikasi perdana Koridor Raya Multimedia. Kursus Dalam Perkhidmatan 14 Minggu, Latihan Guru Sekolah Bestari dilaksanakan bagi melatih guru-guru Sekolah Bestari supaya menjadi kakitangan sumber di sekolah masing-masing agar dapat menjayakan Sekolah Bestari. Sekolah Bestari acuan Malysia ini menjurus ke arah melahirkan insan yang berpengetahuan, berpemikiran, berketrampilan, kreatif dan menghayati nilai murni berasaskan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Latihan yang dilaksanakan ini menjurus ke arah peningkatan amalan profesionalisme guru sebagai pemudah cara dan pengguna teknologi yang cekap untuk mengoptimumkan proses pembelajaran di Sekolah Bestari.

 

Kumpulan  guru yang menjalani kursus ini merupakan kumpulan ketujuh yang dilatih oleh pasukan jurulatih dari Maktab Perguruan Teknik. Seramai 13 orang guru dari sekolah rendah dan menengah di Wilayah Persekutuan dalam bidang matematik telah dipilih untuk berkursus di sini.

 

 

  1. OBJEKTIF

 

Pada akhir kursus , peserta akan dapat;

 

·        Merancang dan menggubal pakej pembelajaran mengikut keperluan kurikulum bestari;

·        Memudahcara dan menguruskan pembelajaran berpusatkan pelajar melalui pelbagai strategi yang inovatif dan kreatif;

·        Mengaplikasi dan mengintegrasikan teknologi, seperti multimedia, internet, dan komunikasi digital dalam pengajaran dan pembelajaran; dan

·        Mengurus bilik darjah yang berkemudahan teknologi multimedia.

 

  1. PELAKSANAAN KURSUS

 

 

i.        Semasa Tempoh Interaksi

 

·  Tempoh Interaksi

 

19 Mac 2001 Hingga  25 Mei 2001

 

·        Tempat Kursus

 

Bilik Makmal Bestari, Unit Bestari MPT

 

·        Pendaftaran

 

19 Mac 2001, hari Isnin, Jam 8.30 – 9.30 pagi di Bilik SuIS

 

·        Perasmian

 

!9 Mac 2001 hari Isnin, Jam 9.30 pagi di Bilik SuIS; disempurnakan oleh En. Lim Tiek Siang, Pengetua Maktab Teknik.

 

·        Struktur Organisasi & Ahli Jawatankuasa Pengurusan

 

(Rujuk Lampiran )

 

·        Peserta

 

Guru Lelaki =    2 orang

Guru Perempuan     =  11 orang

 

JUMLAH =   13 orang

 

Guru Sekolah Menengah =  3 orang

Guru Sekolah Rendah = 10 orang

JUMLAH = 13 orang

 

Guru Gred DG3 = 3 orang

Guru Gred DG6 = 10 orang

 

Umur : Antara 25 tahun hingga  33 tahun

 

·        Insuran

 

Semua peserta dilindungi oleh insuran takaful dengan yuran RM6.00 seorang

 

·        Borang Perjanjian

 

13 orang peserta telah menandatangani borang perjanjian dengan Kerajaan Malaysia.

 

·        Kehadiran

 

Semua peserta telah hadir dalam semua sesi interaksi. Laporan kehadiran dihantar ke Jabatan Hal Ehwal Pelatih pada setiap hari Jumat untuk semakan.

 

·        Laporan Harian

 

Ketua kumpulan ditugaskan menyediakan laporan harian untuk semakan penyelaras dan pihak pengurursan maktab

 

·        Aktiviti-Aktiviti

 

Peserta telah dibawa melawat Sekolah Menengah Putra Jaya 1 untuk mel;ihat P & P dan Fizikal Sekolah pada 17 hb April 2001

 

Simulasi telah di adakan dengan membawa murid-murid SK Bandar Tun Razak 1 ke MPT.

 

ii.       Semasa Tempoh Praktikum

 

·        Tempoh Praktikum

 

6 Jun 2001 Hingga 22 Jun 2001

 

Semua peserta telah menjalani praktikum dan telah melaksanakannya dengan jayanya.

 

                        Senarai penyelia praktikum, peserta dan sekolah seperti di Lampiran.

 

  1. Jumlah Perbelanjaan dan peruntukan yang diterima

 

Jumlah peruntukan yang diterima                 = RM 53,600.00

Jumlah perbelajaan setakat ini                     = RM 48,600.00

Baki peruntukan                                         = RM 5,000.00

 

 

  1. Kesimpulan dan Cadangan

 

·        Semua aktiviti dapat dilaksanakan dengan lancar.

·        Semua masalah dapat diselsaikan dengan baik melalui kerjasama yang ditunjukkan oleh semua jurulatih, staf sokongan dan peserta kursus.

·        Untuk sesi kali ini tiada pemantauan dibuat oleh pihak BPG

·        Diharap pihak Bahagian pendidikan guru dapat mengadakan perjumpaan dengan semua penyelaras untuk perbincangan dan laporan terkini status sekolah bestari.

 

 

 

Disediakan oleh

 

KARIM BIN EJANG

Ketua Unit Bestari

Maktab Perguruan Teknik

56000 Kuala Lumpur